KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kemahiran berfikir
boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aras rendah, dan aras tinggi
berdasarkan taksonomi Bloom. Aras pemikiran Bloom yang rendah terdiri
daripada pengetahuan dan kefahaman, manakala aras pemikiran tinggi ialah
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Taksonomi
Bloom telah ditambah baik oleh Anderson dengan menggunakan kata kerja
dan meletakkan menilai dan mencipta sebagai pemikiran aras tinggi.
Matriks yang menunjukkan pengembangan dua aras pemikiran (soalan kompleks dan soalan mudah)
Aras berfikir dan
menyoal
|
Huraian
|
Bahasa berfikir
|
Contoh soalan
|
|||
Soalan
kompleks
|
Cipta
|
Mengabungjalinkan beberapa maklumat untuk mencipta sesuatu yang baru.
|
Mencipta
Mereka
Menambah baik
|
Menghasilkan
Mengubah
|
Bagaimana kita boleh mereka bentuk..?
Bolehkah kita menambah..?
Apa akan berlaku jika ...?
|
|
Penilaian
|
Membuat keputusan, penilaian dan kesimpulan
|
Menyusun mengikut hierarki
Menilai
Membuat keputusan
|
Membuat kesimpulan
Mentafsir
|
Mengapa anda fikir begini...?
Mengapa anda memilih ini?
Apakah yang terbaik...?
|
||
Analisis
|
Pecah kepada beberapa bahagian untuk memeriksa dengan lebih teliti dan memahami perhubungan.
|
Membuat perbandingan
Mengelas
Memeriksa
|
Membanding beza
Menyusun mengikut urutan
Membuat analisa
|
Apakah persamaan dan perbezaan..?
Bagaimana ia berfungsi?
Apakah bukti..?
|
||
Aplikasi
|
Mengaplikasikan sesuatu kefahaman kepada situasi baru atau pengalaman
|
Menunjukkan
Mengaplikasikan
Membuat ilustrasi
|
Memberi contoh
Menggunakan
Membina
|
Apakah contoh yang lain?
|
||
Soalan mudah
|
Kefahaman
|
Menyatakan semula dan membuat interpretasi untuk mendapat kefahaman
|
Menyatakan semula
Menginterpretasikan
Merumus
|
Menerangkan
Menterjemah
|
Apakah maksud ini?
Mengapa begini?
Boleh cuba terangkan?
|
|
Pengetahuan
|
Mendapat jawapan berbentuk fakta, mengingat semula dan mengenal pasti
|
Mengulang
Mengingat
Menyenaraikan
|
Menamakan
Menyatakan
|
Siapa..?
Apa...?
Mana....?
Bila...?
Yang manakah...?
|
(Sumber: Nota Kursus Jurulatih Kebangsaan Kestrel Education)