Sunday, March 2, 2014

PENGENALAN 8 PETA PEMIKIRAN i-THINK

Thinking Maps merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentas kurikulum. Ia boleh digunakan oleh kanak-kanak seawal usia 4 tahun. Berikut adalah ilustrasi thinking maps tersebut:
1. Peta Bulatan / Circle Map
Thinking process: Defining in Context
(Proses pemikiran :Mendefinisikan mengikut konteks) 
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Peta Buih / Bubble Map.
Thinking process: Describing using adjectives
(Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif) 

Bubble Map ialah alat yang digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Peta Buih Berganda / Double Bubble Map.
Thinking process: Compare and Contrast
(Proses pemikiran: Banding beza) 
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
4. Peta pokok / Tree Map
Thinking process: Classification
(Proses Pemikiran: Membuat pengelasan)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasi bahan atau idea. Sebagai contoh; ambil sebahagian daripada sesuatu tajuk atau cerita dan kelaskan sebab utama sesuatu keadaan atau situasi.
5. Peta Dakap / Brace Map.
Thinking process: Part-whole relationship
(Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama. Contoh penggunaan adalah untuk menentukan bahagian dan subbahagian sesebuah mikroskop.
6. Peta Alir / Flow Map
Thinking process: Sequencing
(Proses Pemikiran: Urutan)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu. Contoh penggunaannya ialah dalam langkah-langkah untuk penyelesaian masalah.
7. Peta Pelbagai Alir / Multi Flow Map
Thinking process: Cause and Effect
(Proses Pemikiran: Sebab dan akibat) 
Multi-Flow Map digunakannuntuk menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.
8. Peta Titi / Bridge Map
Thinking process: Analogies 
(similar relationships, finding relating factors (RF))
(Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan) 

Bridge Map memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan. Sebagai contoh : “ Pilih dua orang pemimpin dan hubungkan mereka dengan kemajuan atau konflik semasa pemerintahan masing-masing.

No comments:

Post a Comment